PM Akan Temui Parti Komponen Bincang RUU 355

Diterbitkan: Isnin, 20 Mac 2017 10:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) minggu ini untuk membincangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355).

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, Najib telah bertemu dengan parti-parti komponen BN dua minggu lalu dan mereka menyatakan pendirian masing-masing mengenai perkara tersebut.

"Perdana Menteri memahami keadaan kita berhubung isu ini dan juga pandangan kita," kata Dr Subramaniam kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen pada Isnin.

Mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan akan mengambil alih untuk membentangkan pindaan Akta berkenaan, Dr Subramaniam berkata, MIC tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu.

"Selain itu juga, Perdana Menteri memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan parti-parti komponen sekali lagi, jadi biar kita tunggu mesyuarat itu.

"Hanya selepas itu, kita akan tahu apa yang dicadangkan dan barulah kita boleh menyatakan pendirian kita," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan