Penerbit, Penulis Skrip Amri Rohayat Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 20 Mac 2017 8:38 PM

Amri Rohayat Ahmad Rani.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbit, pengarah dan penulis skrip, Amri Rohayat Ahmad Rani meninggal dunia akibat kanser pankreas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Isnin.

Amri Rohayat, 49, meninggal dunia pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari selepas menghidap penyakit itu selama lebih setahun.

Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Marong, Bentong selepas solat Asar.

Amri Rohayat begitu meminati seni, dan pernah menulis untuk beberapa filem seperti Rembat, Buta Warna dan Seludup.

Saudaranya yang enggan dikenali berkata, Amri Rohayat menghidap penyakit kanser peringkat keempat setahun lalu.

Tambahnya, sejak menghidap penyakit itu, Amri Rohayat tidak dapat menulis lagi.

Tags / Kata Kunci: Amri Rohayat Ahmad Rani

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan