Raja Bomoh Dakwa Lindungi Malaysia Sejak 70 Tahun Lalu

Diterbitkan: Ahad, 19 Mac 2017 12:37 PM

RAJA Bomoh, Ibrahim Mat Zin menunjukkan teknik yang digunakan untuk melindungi Malaysia daripada ancaman Korea Utara. - ST PHOTO: SHANNON TEOH.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Usaha seorang lelaki yang dikenali sebagai Raja Bomoh untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan 'memagar' Malaysia daripada serangan Korea Utara menggunakan buah kelapa dan batang buluh ternyata mendapat perhatian meluas selain menjadi bahan jenaka.

Namun bagi Ibrahim Mat Zin, dia memandang serius perkara tersebut dan mendakwa telah melindungi Malaysia daripada sebarang ancaman sejak tujuh dekad lalu, walaupun ketika negara ini belum mencapai kemerdekaan.

"Saya tidak mahu wang. Saya mahu berdoa untuk memagar Malaysia," katanya dalam wawancara bersama The Sunday Times sambil mendakwa usianya telah mencecah 86 tahun pada Khamis lalu.

"Kita tidak mempunyai senjata yang canggih seperti Korea Utara. Jika kita berperang dengan senjata, kita pasti kalah.

"Kita menggunakan kaedah tradisional untuk memagar udara, darat dan laut supaya peluru berpandu hilang arah dan tidak sampai ke Malaysia," katanya.

Video upacara perbomohannya mula tular sejak insiden kehilangan pesawat MH370 pada Mac 2014, sekali gus mencetuskan sedikit kegembiraan ketika ramai pihak berduka atas tragedi tersebut.

Teknik terkenal yang digunakan oleh Raja Bomoh Sedunia Nujum itu termasuk meneropong menggunakan batang buluh dan menggoncangkan kelapa.

Tindakannya itu ternyata menjadi bahan lawan penduduk Malaysia dan dikritik oleh ilmuwan Islam yang menyifatkan kaedah tersebut sebagai haram dan salah di sisi Islam. - The Straits Times/Asia News Network


Tags / Kata Kunci: Raja Bomoh , Ibrahim Mat Zin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan