Kes Jong-nam: VIP Antara Dikehendaki Polis - KPN

Diterbitkan: Ahad, 19 Mac 2017 3:35 PM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan terdapat beberapa lagi individu yang akan ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam. 

Beliau berkata, bagaimanapun identiti mereka tidak akan didedahkan bagi melancarkan siasatan yang dilakukan.

"Memang saya tidak menafikan terdapat sasaran individu-individu baharu termasuk orang-orang Korea Utara yang terlibat dalam pembunuhan ini dan kita akan menggunakan saluran undang-undang untuk mendapatkan mereka.

"Namun saya tidak boleh mendedahkan siapa mereka, tapi kita percaya ada di antara mereka ialah orang penting," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara Sang Saka Biru sempena Hari Polis Ke-210 pada 25 Mac ini.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Zulkifli Abdullah dan Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan.

Turut diadakan ialah prapelancaran Kempen Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP). 

Sementara itu Khalid berkata pihak polis masih menunggu bantuan daripada republik itu untuk menahan empat suspek lelaki yang dikehendaki iaitu Rhi Ji-hyon, 33, Hong Song-hac, 34, O Jong-gil, 55, dan Ri Jae-nam, 57 yang kini dipercayai berada di Pyongyang.

"Sekiranya pihak Korea Utara tidak mahu membantu, kita akan tengok apa-apa undang-undang lain yang boleh digunakan untuk menangkap keempat-empat suspek tersebut.

"Ini adalah kes jenayah. Janganlah kita campurkan dengan hal-hal politik. Kita menyiasat kes pembunuhan yang berlaku di negara ini. Jadi adalah menjadi tanggung jawab kita menyiasat dengan telus dan mengikut undang-undang sedia ada," katanya.

Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un didakwa dibunuh dua wanita warga asing yang menyapu mukanya dengan agen saraf VX ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lepas untuk menaiki pesawat ke Macau. 

Jong-nam yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol meninggal dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Dua wanita warga asing tersebut iaitu Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac lepas berhubung kes itu. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan