Kaunselor Kedutaan Korea Utara Marah Gambar Dirakam Media

Diterbitkan: Ahad, 19 Mac 2017 8:19 AM

Kaunselor Bahagian Konsulat dan Pentadbiran Kedutaan Korea Utara, Kim Yu Song dilihat memarahi pihak media yang merakam gambarnya ketika beliau keluar untuk membuang barangan seperti perabot di Kedutaan Korea Utara pada Sabtu malam. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu-song berang apabila pengamal media merakamkan gambarnya yang sedang meletakkan sampah di hadapan kedutaan itu pada Sabtu malam.

Yu-song, yang fasih berbahasa Melayu berkata pihak media perlu meminta izinnya terlebih dahulu sekiranya mahu mengambil gambar beliau.

"Ini bukan berita yang baik. Tidak perlu keluar di surat khabar, faham? Jangan...jangan ambil (gambar).

"Kalau kami setuju untuk kamu mengambil gambar saya mesti tanya kepada saya, boleh?," katanya kepada media di hadapan kedutaan itu di sini.

Jurufoto Bernama Zulfadhli Zulkarnain yang sedang bertugas apabila disoal Yu-song menjelaskan kepada beliau bahawa mereka hanya menjalankan tugas.

Beberapa pengamal media tempatan dan luar negara yang berkumpul di hadapan kedutaan itu tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar Yu-song bersama dua lelaki yang mengusung keluar sofa untuk dibuang di hadapan premis itu.

Kedutaan Korea Utara yang terletak di Bukit Damansara menjadi tumpuan media sejak kes pembunuhan Kim Jong-nam bulan lepas.

Hubungan Kuala Lumpur-Pyongyang tegang berikutan pembunuhan Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.

Beliau meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital selepas mukanya disapu dengan bahan kimia, yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX semasa menunggu penerbangan ke Macau.

Tags / Kata Kunci: Korea Utara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan