Beauty and the Beast Ditayang Jika Disunting - Nur Jazlan

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mac 2017 1:54 PM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan melayan permintaan Walt Disney untuk menayangkan filem Beauty and the Beast tanpa suntingan.

Timbalan Menteri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, filem itu akan dibenarkan ditayangkan hanya jika syarikat itu bersetuju dengan Lembaga Penapisan Malaysia (LPF) untuk menyunting adegan melibatkan watak homoseksual dalam filem itu.

Tambahnya, syarikat itu mungkin akan menerima keputusan menyunting filem itu jika ia dilakukan negara dengan pasaran lebih besar dari Malaysia seperti China, Rusia atau Amerika Syarikat.

"Saya percaya Disney akan setuju jika negara berkenaan yang mengarahkannya untuk tidak memberi kesan kepada penjualan tiket," katanya selepas menghadiri majlis di Penjara Simpang Renggam di sini, Sabtu.

Dilaporkan pada Khamis, Disney telah memfailkan rayuan kepada KDN berhubung keputusan untuk menyunting adegan falam filem itu.

Pada Selasa, Pengerusi LPF Datuk Abdul Halim Abdul Hamid telah memberi lampu hijau terhadap filem Beauty and the Beast untuk ditayangkan di Malaysia dengan sedikit suntingan.

Filem itu diluluskan dengan klasifikasi filem P13 iaitu bimbingan ibu bapa untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun dengan sedikit suntingan pada watak homoseksual.

Dibintangi Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens sebagai Beast dan Luke Evans sebagai Gaston, Beauty and the Beast adalah sebuah filem animasi klasik terbitan Disney, yang menjadi filem animasi pertama yang dicalonkan untuk kategori Filem Terbaik Anugerah Oscar pada 1991.

Filem itu terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karektor Le Fou dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.

"Le Fou adalah seseorang yang pada satu hari mahu menjadi Gaston dan pada hari lain mahu mencium Gaston.

"Dia keliru tentang apa yang dia mahu. Ada seseorang yang baru sedar bahawa dia mempunyai perasaan ini," kata Condon.

'Adegan gay' itu bagaimanapun telah menjadi kontroversi.

Rusia telah mengenakan sekatan ke atas filem ini dengan kanak-kanak di bawah umur 16 dilarang daripada menontonnya.

Pawagam pandu lalu di Alabama, Amerika Syarikat juga mengharamkan filem ditayangkan kerana watak gay.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan