Sikap Tak Patriotik Hampir Jejas Peluang Pelaburan Saudi Aramco - PM Najib

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mac 2017 2:23 PM

Najib
(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia hampir terlepas pelaburan besar dari Saudi Aramco kerana sikap tidak patriotik sesetengah pihak yang menyalurkan  maklumat tidak betul mengenai negara kepada syarikat minyak Arab Saudi itu,  kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Saudi Aramco pada mulanya keberatan untuk melabur di Malaysia setelah diberi maklumat kononnya Malaysia diletakkan dalam kategori berisiko politik.

Katanya Saudi Aramco diberikan maklumat kononnya Malaysia tidak stabil, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hampir bangkrap dan kerajaan tidak berkemampuan untuk membayar gaji penjawat awam.

"Ini kerana ada orang yang tiada hati perut, motif mereka adalah politik tetapi yang jadi mangsa adalah rakyat Malaysia," katanya ketika melancarkan Ekspresi Negaraku di Dataran Putrajaya di sini, Sabtu.

Beliau berkata hanya apabila diberikan maklumat sahih bahawa Malaysia adalah negara yang berjaya dan mendapat penarafan A, kepercayaan Saudi Aramco terhadap Malaysia dikembalikan dan Malaysia mendapat pelaburan RM31 bilion.

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) pada 28 Februari menandatangani perjanjian pembelian saham dengan Saudi Aramco bernilai RM31 bilion bagi membolehkan syarikat Arab Saudi itu membeli 50 peratus ekuiti dalam aset kraker dan penapisan di bawah Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid).

Najib berkata pelaburan RM31 bilion kepada Malaysia membawa erti kepada golongan muda terutamanya bahawa ia dapat mewujudkan pekerjaan dan memberi masa depan yang lebih terjamin.

"(Namun) ada orang beri maklumat palsu bak kata Presiden Amerika (Amerika Syarikat Donald Trump) 'fake news' (berita palsu).

"Apa yang berlaku, rezeki yang hampir-hampir kita dapat, hampir terlepas dari tangan kita," katanya.

Najib berkata persepsi negara perlu diperbetulkan supaya imej negara diletakkan pada tahap sebenarnya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Saudi Aramco , Najib

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan