“Tak Sangka Anak Senyap-Senyap Hantar Borang PLKN”

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mac 2017 2:17 PM

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Mohmed Asri Yusof (tengah) beramah mesra dengan para pelatih baharu pada majlis Pelancaran Pergerakan Masuk Pelatih JLKN 2.0 Kumpulan 1 Siri 14, di Jabatan Latihan Khidmat Negara pada Sabtu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ibu bapa kepada seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak menyangka anak perempuan mereka secara sukarela memohon untuk menyertai program tersebut.

Pasangan Hasnol Abu Bakar, 49, dan Mahfuzah Mohd Zain, 45, menganggap penyertaan Nur Shahirah, 18, sebagai satu kejutan buat mereka, sekali gus menunjukkan kesungguhan remaja itu untuk menjadi insan yang lebih berdikari dan bersikap positif.

“Ia merupakan penyertaan anak kami yang kedua dalam PLKN selepas anak sulung. Nur Shahirah tertarik mendengar pengalaman kakaknya sebagai pelatih.

“Memang ada dia suarakan hasrat nak sertai PLKN tapi kami tak sangka dia betul-betul serius, sehingga hantar permohonan untuk menyertai PLKN secara sukarela senyap-senyap. Alhamdulillah, kami sebagai ibu bapa menyokong yang baik-baik buat dia,” kata ibu bapa Nur Shahriah kepada mStar Online selepas menghantar anaknya untuk melaporkan diri ke kem PLKN, di pusat berkumpul di Jabatan Latihan Khidmat Negara (JKLN) di sini, Sabtu.

Hasnol (kanan) bersama isteri, Mahfuzah.

Mahfuzah menyuarakan harapannya agar modul yang ditekankan dalam Program Transformasi PLKN 2.0 itu benar-benar dapat membentuk anaknya menjadi lebih matang.

“Dia tidak pernah belajar di sekolah berasrama. Jadi, harapnya dengan menyertai PLKN ini nanti dia akan lebih matang untuk membentuk perjalanan hidupnya pada masa depan,” katanya.

Selain itu, sifat hormat terhadap masyarakat dan negara tercinta membuatkan Tan Rou Ying, 18, mahu menyertai PLKN secara sukarela.

“Sebelum ini, ada yang mempersoalkan kenapa saya mahu menyertai PLKN. Saya cakap banyak faedah untuk pembentukan jati diri.

“Bagi saya penyertaan dalam PLKN ini tidak sia-sia. Sebagai anak Malaysia, saya mahu tanamkan semangat patriotisme dalam diri,” katanya.

Ibu Rou Ying, Lau Whee Ching, 54, yang menyokong hasrat anak bongsunya dari empat beradik itu berharap agar program latihan berwajah baharu itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

"Saya sentiasa menyokong aktiviti anak-anak selagi ia membawa kebaikan, termasuk PLKN," ujarnya.

Rou Ying (kiri) bersama ibu, Whee Ching.

Nur Shahirah dan Rou Ying merupakan antara kira-kira 20,000 pelatih PLKN bagi siri 14 2017 membabitkan tiga kumpulan secara berperingkat bermula Sabtu. 

Pemilihan pelatih tahun ini dilaksanakan secara sukarela dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan tertakluk kepada kriteria-kriteria seperti ujian kesihatan.

Sementara itu, Ketua Pengarah JLKN, Datuk Mohmed Asri Yusof berkata, PLKN menerusi Program Transformasi PLKN 2.0 akan dijalankan selama lapan minggu dengan mendedahkan pelatih kepada latihan kemahiran, kecergasan dan nilai-nilai moral.

Beliau berkata, latihan kemahiran yang dilaksanakan dengan kerjasama 10 kementerian di mana pelatih boleh memilih untuk menjalani latihan kemahiran di 400 institut latihan vokasional selepas tamat PLKN.

“Berdasarkan tahun-tahun sebelum ini, kemahiran yang akan terus mendapat tumpuan adalah bidang automotif di mana ia mendapat kerjasama Institut Automotif Malaysia.

“Pada masa sama, bidang-bidang kemahiran lain turut menarik perhatian peserta apabila mereka bakal menerima sijil dan diploma yang akan memudahkan mereka mendapat pekerjaan dalam sektor awam dan swasta,” ujar Mohmed Asri.

Sesi latihan Kumpulan Satu Siri 14/2017 akan melibatkan 8,000 pelatih di 27 kem PLKN di seluruh negara di mana sesi latihan berakhir 16 Mei depan.

Tags / Kata Kunci: PLKN

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan