Raja Bomoh Kini Jadi Buruan JAWI, PDRM

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mac 2017 6:22 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Raja Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin, kini menjadi buruan pihak berkuasa Malaysia ekoran tindakannya mengadakan upacara 'memagar' Malaysia pada awal minggu ini, tindakan yang disifarkan merosakkan imej Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan polis giat mengesan bomoh berkenaan sejak Isnin lalu susulan tindakan lelaki berkenaan yang kononnya memagar Malaysia daripada ancaman negara asing terutamanya, Korea Utara.

"JAWI dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) sedang berusaha menjejaki Bomoh (Ibrahim) sejak Isnin lagi untuk menangkap dan mendakwa beliau yang merosakkan imej Islam," kata beliau menerusi satu kenyataan dalam akaun Twitter pada Sabtu.

Pada Jumaat, Asyraf Wajdi menyifatkan tindakan Ibrahim itu sebagai mahu meraih populariti dan meminta orang ramai agar tidak menyebarkan upacara perbomohan lelaki tersebut.

Memang inilah matlamat individu tersebut, iaitu diviralkan (ditularkan) supaya menjadi seorang yang lebih popular. Banyak lagi agenda negara yang lebih besar boleh dikongsikan.

"Jika menyebarkan aktiviti ini, dia yang akan mendapat publisiti sedangkan kita boleh berfikir sama ada upacara berkenaan logik atau sebaliknya," katanya.


Tags / Kata Kunci: Raja Bomoh , Asyraf Wajdi Dusuki , JAWI , PDRM

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan