Pekerja Industri Ternakan Ayam Di Kelantan Bebas H5N1

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mac 2017 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pemeriksaan darah pekerja industri ternakan ayam di Kelantan mendapati mereka tidak dijangkiti selesema burung (H5N1) setakat ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata kementerian akan terus memantau semua pekerja industri itu di Kelantan bagi memastikan wabak tersebut tidak merebak dalam kalangan manusia.

"Tidak ada laporan kes H5N1 berjangkit kepada manusia setakat ini, hanya berjangkit kepada ayam sahaja.

"Sebagai langkah pencegahan, ayam yang dibeli perlu dibersihkan dengan teliti dan dimasak dengan sempurna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan 2017 di Taman Botani, di sini, Sabtu.

Rabu lalu, kerajaan Kelantan mengisytiharkan H5N1 sebagai bencana negeri berikutan wabak itu merebak di dua jajahan lagi iaitu Bachok dan Pasir Puteh, selepas Kota Bharu dan Pasir Mas.

Kes H5N1 dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, Kota Bharu pada 6 Mac lepas setelah beberapa ekor ayam kampung mati.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: H5N1 , Kelantan , ayam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan