Laungan Negaraku Bergema Di Putrajaya

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mac 2017 1:30 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengibarkan Jalur Gemilang bersama para menteri kabinet, ikon Malaysia serta generasi muda negara semasa melancarkan Ekspresi Negaraku di Dataran Putrajaya, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

PUTRAJAYA: Laungan Negaraku bergema di Putrajaya dalam keterujaan semarak semangat patriotisme rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan program "Ekspresi Negaraku" di Dataran Putrajaya di sini meniup semangat patriotisme ribuan hadirin dengan laungan "Negaraku" sebanyak tiga kali dan disahut "Malaysia, Malaysia, Malaysia".

Dalam ucapannya yang sarat dengan ungkapan patriotisme, beliau berkata kehadiran ke Ekspresi Negaraku adalah untuk menzahirkan perasaan dan ekspresi rakyat Malaysia terhadap negara.

"Perasaan patriotisme merupakan asas dan ciri utama kepada soal jati diri yang kental yang perlu kita pupuk jika kita hendak sebuah negara yang aman, harmoni dan bersatu padu," katanya.

Najib menegaskan kepentingan jati diri adalah tiang seri untuk menjamin sebuah negara yang aman, harmoni dan bersatu padu.

"Di sinilah negara tempat kita lahir, tempat kita bertatih semasa kecil, bersekolah dan membesar dan mencari rezeki sebagai orang dewasa dan apabila sampai waktunya kita akan bersemadi di tanah tumpah darah kita," katanya.

Mengambil contoh beberapa peristiwa baik dan buruk yang berlaku di dalam negara, Najib berkata sebagai rakyat yang cintakan Malaysia, semua pihak perlu terus mempertahankan negara daripada ancaman dalaman dan luaran.

Antara contoh 'buruk' yang disentuhnya ialah peristiwa pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada 3 Mac 2013 yang mengorbankan anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mengimbau kembali peristiwa itu, beliau berkata apabila pasukan keselamatan  cuba masuk ke dalam sebuah rumah di Kampung Sri Jaya, Semporna untuk menangkap anasir luar terbabit, mereka telah diserang hendap kerana tindakan seorang anggota berpangkat koperal yang membocorkan maklumat operasi.

"Dalam peristiwa itu, enam patriot pasukan PDRM termasuk dua pegawai telah dibunuh dengan cara paling zalim dan kejam. Apa yang menyedihkan saya dan rakyat Malaysia, mereka terkorban kerana ada musuh dalam selimut," katanya.

Tambahnya peristiwa sedih yang tidak dapat beliau lupakan itu berlaku kerana rakyat yang tiada semangat patriotik dan sanggup bersubahat dengan pihak musuh.

Najib turut mendedahkan bahawa Malaysia hampir terlepas pelaburan besar dari Saudi Aramco kerana sikap tidak patriotik pihak yang menyalurkan maklumat tidak betul mengenai negara termasuk mendakwa Malaysia berisiko politik kepada syarikat itu.

Saudi Aramco yang pada mulanya keberatan untuk melabur ekoran penyaluran maklumat palsu itu akhirnya melabur RM31 bilion di Malaysia setelah diberikan maklumat sahih bahawa Malaysia adalah negara yang berjaya dan mendapat penarafan A, katanya.

Najib turut menyorot kembali tindakan seorang bekas pemimpin negara memburukkan negara apabila mendakwa Malaysia antara 10 negara paling rasuah di dunia, padahal Malaysia sebenarnya berada di kedudukan ke-55 daripada senarai 160 negara.

"Kita tidak seburuk mana. Sebagai Perdana Menteri saya boleh terima bahawa masih ada ruang penambahbaikan tetapi saya tidak boleh terima hendak jatuhkan kerajaan dengan memburukkan imej Malaysia," tegasnya.

Katanya hadirin yang berkumpul pada program Ekspresi Negaraku itu adalah untuk menyatakan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang gagal tetapi Malaysia adalah negara yang berjaya dan akan lebih berjaya lagi jika rakyat boleh memperkukuhkan semangat cintakan negara.


Tags / Kata Kunci: Najib , Negaraku

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan