Ekspresi Negaraku Digerakkan Di Putrajaya

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mac 2017 9:39 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Program Ekspresi Negaraku yang berlangsung di Dataran Putrajaya di sini menjadi platform pertama untuk memacu inisiatif 'Negaraku' yang bertunjangkan semangat cintakan Malaysia.

Orang ramai mula tiba seawal 7 pagi, Sabtu untuk menyertai pelbagai aktiviti yang  dirangka bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

Larian Bendera Negaraku melibatkan kira-kira 5,000 peserta membuka tirai program.

Sebelum itu peserta larian menyertai acara senamrobik untuk memanaskan badan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi tetamu terhormat majlis pelancaran Ekspresi Negaraku berkenaan. Beliau dijadual tiba di Dataran Putrajaya pada 11 pagi.

Antara kegiatan yang diadakan ialah 'Zon Kebanggaan dan Kecintaan' bagi menampilkan kisah-kisah individu yang telah menyumbang kepada negara melalui 'Kisah-kisah Kejayaan Negaraku'. 

Zon Aspirasi pula menyediakan peluang kepada rakyat berkongsi harapan dan aspirasi mereka untuk masa dean negara.

Pada sebelah malam, Konsert Ekspresi Negaraku akan menampilkan artis-artis ternama seperti Amy Search, Ella dan Bunkface.

Najib dalam catatan blog beliau sebelum ini berkata inisiatif 'Negaraku'  bertujuan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dalam diri rakyat, mengetepikan sebarang perbezaan serta bersatu hati dalam menjayakan cita-cita bagi membentuk Malaysia yang lebih makmur dan berjaya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Negaraku , Najib , Putrajaya

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan