UTM Lancar Kumpulan Penyelidikan, Ekspedisi Saintifik Royal Belum

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mac 2017 6:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  melancarkan Kumpulan Penyelidikan dan Ekspedisi Saintifik Royal Belum bertujuan mempromosikan kajian antara disipilin dan pelbagai disiplin di kawasan hutan Royal Belum.

Dekan Sekolah Razak UTM dalam Kejuruteraan dan Teknologi Termaju Prof Shari Mohd Yusof berkata projek itu juga akan memberi tumpuan kepada pemindahan pengetahuan dan teknologi daripada penyelidikan untuk manfaat negara, negeri dan masyarakat.

Beliau berkata sejak penubuhan projek itu pada 2016, banyak penglibatan, perbincangan, kempen lapangan dan aktiviti penyelidikan berkaitan telah dijalankan secara kerjasama.

"Kawasan berkenaan (hutan Royal Belum) dikenali sebagai kawasan sensitif alam sekitar dengan ekosistem daratan dan akuatik yang kompleks, jadi penggunaan teknologi canggih adalah amat diperlukan khususnya dalam memajukan ekopelancongan di kawasan itu," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran inisiatif itu di sini, Jumaat.

Inisiatif itu dilancarkan oleh Anggota Parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman.

Taman Negeri Royal Belum di Perak adalah satu daripada kawasan biodiversiti mega terkaya di Malaysia. Ia merupakan satu daripada hutan hujan tropika terbesar di dunia dan kekal sebagai satu daripada hutan simpan terbesar yang belum disentuh di negara ini.

Shari berkata antara inisiatif awal yang bermula di bawah projek itu ialah pengenalan turbin hidro mikro untuk Orang Asli di Royal Belum.

"Pasukan kami telah mengenal pasti bahawa turbin aliran silang, yang boleh digunakan untuk menukar tenaga kinetik kepada tenaga elektrik, adalah yang paling sesuai untuk masyarakat Royal Belum.

"Proses pemasangan telah bermula dengan kos yang rendah dan efisien," katanya.

Sementara itu, Hasbullah berharap penemuan daripada penyelidikan itu bukan sahaja akan memberi manfaat kepada golongan saintifik di negara ini tetapi juga kepada masyarakat tempatan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: UTM , Royal Belum

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan