Ribuan Ulat Bulu 'Serang' Penduduk Kerian

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mac 2017 2:54 PM

(Ubah saiz teks)

PARIT BUNTAR: Sebahagian penduduk di Taman Setia Jaya dan Taman Kerian Permai di sini resah dengan kehadiran ribuan ulat bulu sejak tiga hari lalu.

Serangga berkenaan mula dikesan penduduk sekitar kawasan berkenaan kira-kira dua minggu lalu, tetapi jumlahnya meningkat mendadak pada Rabu.

Peniaga kedai makan, Mohd Hadi Hairi Kamaruddin, 24, berkata pada mulanya beliau menganggap kehadiran ulat-ulat itu sebagai 'biasa', tetapi terpaksa bertindak apabila melihat jumlahnya semakin banyak.

"Mula-mula saya nampak ulat-ulat itu di gerai saya. Bila ia semakin banyak saya cuba mencari dari mana ia datang.

"Saya terkejut apabila melihat ribuan ulat melekat pada pokok dekat gerai saya," katanya kepada mStar Online, Jumaat.

Mohd Hadi berkata, jika dilihat pokok itu pada jarak jauh, ulat-ulat tersebut tidak dapat dikesan kerana warnanya menyamai kulit pokok.

"Bila saya pergi dekat pokok itu dan tengok betul-betul baru saya perasan ribuan ulat melekat pada batang pokok.

"Memang susah nak perasan sebab warnanya hampir sama dengan warna kulit pokok," katanya.

Tambahnya, apabila diperiksa, ulat-ulat tersebut turut 'menghuni' pokok-pokok lain di kawasan berkenaan dan mula masuk ke rumah beberapa penghuni di situ.

Hadi berkata, beberapa pelanggannya turut menjadi 'mangsa' ulat tersebut apabila ia tiba-tiba merayap di leher dan tangan mereka.

"Saya cuba bunuh ulat-ulat itu dengan menyembur racun serangga tetapi tidak berdaya kerana jumlahnya begitu banyak," katanya.

Seorang lagi penduduk Norhayati Ahmad, 58, berkata sejak mengetahui tentang kewujudan ulat bulu tersebut, beliau sentiasa berasa resah.

"Saya dah tengok dari jauh, memang sangat geli, tak sanggup nak lihat dari dekat.

"Sejak tahu tentang kejadian ini, saya jadi tidak senang duduk sebab rasa macam ulat itu ada di badan saya," katanya.

November lalu, fenomena hampir serupa berlaku di Kedah apabila penduduk di Kampung Tepi Laut Tebengau, Mukim Tebengau, diserang ulat bulu hitam.

Dalam kejadian itu, ribuan ulat bulu hitam memenuhi jalan kampung dan pokok-pokok di kampung berkenaan sehingga menjejaskan sebuah majlis perkahwinan.

Setakat ini, penduduk di kawasan ini telah mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa tempatan, Majlis Daerah Kerian (MDK), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Kesihatan daerah berkenaan.

Bagaimanapun, hanya anggota MDK meninjau kawasan berkenaan pada Khamis, tetapi belum mengambil sebarang tindakan.


Tags / Kata Kunci: ulat bulu , serangan ulat , MDK

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan