Kedutaan Malaysia Di Indonesia Adakan Solat Hajat Untuk Negara

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mac 2017 10:15 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kira-kira 100 petugas dan ahli keluarga di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia menunaikan solat hajat semalam bagi memohon kesejahteraan negara dalam menghadapi ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim serta timbalannya, Zamshari Shaharan turut menyertai jemaah untuk solat hajat, tahlil dan bacaan Yaasin yang diadakan di Masjid As-Salam di kompleks kedutaan itu.

Solat hajat itu diimamkan oleh Atase Agama di kedutaan tersebut, Abang Zainal Abidin Abang Ariffin.

Majlis itu berakhir dengan bacaan doa khusus untuk keselamatan sembilan rakyat Malaysia yang merupakan tiga pegawai kedutaaan dan ahli keluarga mereka yang tidak dibenarkan keluar dari Korea Utara. 

Malaysia sedang menghadapi ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Kedutaan Malaysia , Indonesia , Korea Utara

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan