Kurang Tenaga Kerja Punca Bagasi Lambat Di KLIA - Berita Semasa | mStar

Kurang Tenaga Kerja Punca Bagasi Lambat Di KLIA

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mac 2017 10:07 PM

Keadaan bagasi yang tidak terurus berikutan kekurangan pekerja.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Masalah pengurusan bagasi yang menyebabkan kelewatan jadual penerbangan sektor pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada Jumaat telah dapat diatasi menjelang tengah hari.

Pengarah Urusan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) Datuk Badlisham Ghazali berkata pihaknya dimaklumkan masalah pengurusan bagasi itu berpunca daripada kekurangan tenaga kerja syarikat pengendalian darat, AeroDarat Services Sdn Bhd.

"Perubahan jadual kerja baharu syarikat terbabit yang menyebabkan jumlah pekerja mereka tidak mencukupi untuk menguruskan bagasi para penumpang pada hari ini," katanya.

Ekoran itu, ia menyebabkan kelewatan antara 40 dan 50 penerbangan pagi, katanya.

"Keadaan telah kembali terkawal menjelang tengah hari," katanya kepada Bernama mengulas gambar yang tular di media sosial menunjukkan keadaan di sebuah pusat pengumpulan bagasi kelihatan tidak terurus.  

Badlisham berkata pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan kakitangan MAHB untuk membantu AeroDarat dalam pengurusan bagasi yang tergendala itu, selain mendapatkan pertolongan dari para pekerja Malaysia Airlines.

Menurutnya, AeroDarat Services dipertanggungjawabkan untuk mengendali bagasi penumpang bagi lebih 30 syarikat penerbangan, manakala syarikat penerbangan yang lain, ia diuruskan oleh KL Airport Services Sdn Bhd (KLAS). -Bernama

Tags / Kata Kunci: KLIA , bagasi , lambat
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan