Masyarakat Cina P.Pinang Mula Tolak DAP - Dr Hilmi

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mac 2017 1:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Situasi politik di Pulau Pinang telah berubah apabila ramai masyarakat Cina di negeri itu semakin menolak pentadbiran kerajaan negeri, dakwa Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Ahli Parlimen Balik Pulau itu berkata, perubahan ini berlaku disebabkan sikap pentadbiran kerajaan DAP yang tidak adil dalam memberi bantuan kepada rakyat.

"Ramai yang tolak DAP kerana mereka menganggap DAP tidak langsung membantu mereka, sebaliknya hanya bantu mereka yang dah kaya seperti pemaju perumahan, rakyat biasa mereka tak bantu.

"Memang sudah ada banyak perubahan dalam masyarakat Cina, mereka sudah mula tidak yakin dengan kerajaan DAP di Pulau Pinang," katanya selepas melancarkan Program Kolaborasi Kesihatan Pergigian dan Badan-Badan Agama di Masjid Negara di sini, Jumaat.

Beliau mengulas mengenai landskap politik terkini di Pulau Pinang dan penerimaan rakyat terhadap kerajaan negeri ketika ini.

Mengulas lanjut, Dr Hilmi yang juga timbalan menteri kesihatan dan Ketua Umno bahagian Balik Pulau berkata, beliau sendiri turun padang apabila dijemput masyarakat Cina di negeri itu untuk meninjau kehidupan mereka.

Jelasnya, menerusi lawatan tersebut, beliau dapati kadar kemiskinan di bandar semakin bertambah tanpa sebarang usaha kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng untuk menanganinya.

Menurut Dr Hilmi, rakyat lebih terbeban apabila banyak kilang di negeri itu terpaksa ditutup dan operasinya dipindahkan ke negara lain.

"Saya difahamkan ada 6,000 rakyat Pulau Pinang yang hilang pekerjaan akibat penutupan kilang-kilang besar ini.

"Ini yang sedang berlaku di Pulau Pinang sebab itulah masyarakat Cina sendiri tak puas hati dengan prestasi kerajaan sekarang di bawah DAP," katanya.

Terdahulu Dr Hilmi dalam ucapannya berkata, program berbentuk kempen penjagaan kesihatan pergigian itu akan diperluaskan di negeri lain dan akan melibatkan agama lain selain Islam.

Katanya, mesej tentang kepentingan menjaga kesihatan gigi akan disampaikan melalui ceramah, tazkirah atau khutbah Jumaat.

Turut diadakan pemeriksaan kesihatan pergigian, pemeran bergerak dan demonstrasi cara penjagaan kesihatan gigi mengikut kesesuaian agama.


Tags / Kata Kunci: Dr Hilmi , Pulau Pinang , Cina , Balik Pulau

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan