BN Perlu Raih Sekurang-Kurangnya 51 Peratus Undi Popular - Khairy

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mac 2017 8:41 AM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) perlu meraih sekurang-kurangnya 51 peratus undi popular di samping undi elektoral pada pilihan raya umum ke-14 (PRU) akan datang untuk terus mentadbir negara dengan mandat kukuh.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata langkah itu perlu supaya tidak wujud pertikaian di Dewan Rakyat berhubung parti mana yang lebih layak menubuhkan kerajaan sekaligus memerintah negara.

"Kita semua tahu sistem demokrasi negara adalah parti yang mempunyai majoriti kerusi di Dewan Rakyat (Parlimen), mereka boleh tubuhkan kerajaan (Persekutuan).

"Tetapi bagi saya, selain undi majoriti (elektoral), BN juga mahu kejar undi popular kerana tidak mahu nanti ada pertikaian kepada kemenangan itu... jadi bagi saya sekiranya BN mendapat 51 peratus undi popular itu bermakna kita sudah menang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan serentak persidangan cawangan-cawangan Umno Bahagian Kapar di sini, malam Khamis.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah.

Dalam pada, Khairy turut mengingatkan jentera pilihan raya Umno Kapar supaya mempunyai semangat 'winning mentality' dalam diri masing-masing sebagai teras untuk merampas semula empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kapar pada PRU14.

Empat DUN itu ialah Sementa, Selat Klang, Sungai Pinang dan Meru.

Tags / Kata Kunci: undi popular , PRU-14 , Khairy Jamaludin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan