UM Disenarai 100 Universiti Terbaik Asia 2017

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 8:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya telah disenaraikan dalam ranking 100 Universiti Terbaik Asia 2017 oleh Times Higher Education (THE). 

THE dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, Universiti Malaya, entri baharu dalam senarai berada di kedudukan ke-59, diikuti oleh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di tangga 120 teratas.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) berada di tangga 121-130.

Sementara itu, Universiti Teknologi Petronas menduduki ranking 141-150, Universiti Sains Malaysia (ranking 151-160) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (ranking 161-170).

Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia berada di kedudukan 251+.

Editor ranking THE, Phil Baty berkata, ia merupakan berita baik bahawa Malaysia mempunyai lebih dua kali representasinya dalam ranking universiti terbaik Asia tahun ini dengan menduduki tangga kesembilan dalam senarai 300 universiti terbaik, naik daripada empat tangga tahun lepas.

"Secara keseluruhan, ranking 300 universiti terbaik di Asia membuktikan betapa pendidikan tinggi yang dinamik, pelbagai dan berdaya saing di benua ini.

"Malaysia ialah komponen penting dalam pembangunan itu tetapi perlu memastikan ia tidak ketinggalan di belakang," katanya.

Ranking Universiti Dunia THE adalah satu-satunya carta pencapaian global yang menilai universiti penyelidikan intensif meliputi pengajaran, penyelidikan, pemindahan ilmu dan tinjauan antarabangsa. - Bernama

Tags / Kata Kunci: UM , Universiti Malaya

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan