Syukur, Penantian Tujuh Tahun Berakhir - Rita Sosilawati

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 5:48 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiada yang lebih baik selain mengucapkan kesyukuran selepas penantian tujuh tahun apabila Mahkamah Persekutuan akhirnya mengekalkan sabitan hukuman mati terhadap tiga tertuduh dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.

Luahan itu disampaikan anak sulung jutawan kosmetik itu, Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali sebagai Rita Sosilawati mewakili lima saudaranya susulan keputusan mahkamah yang memihak kepada keluarganya pada Khamis.

"Alhamdulillah, penantian selama tujuh tahun akhirnya terjawab. Saya bersyukur perkara ini diakhiri dengan baik. 

"Saya dan adik-beradik berbesar hati menerima keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Rita berkata, beliau sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak berkuasa yang telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam mencari keadilan untuk keluarganya serta keluarga mangsa lain.

"Kami juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang selama ini tidak pernah berhenti menyokong kami.

"Saya mengharapkan semua mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami," ujar Rita dengan nada ceria sambil mengucapkan kesyukuran.



Mengenai perancangan terdekat, Rita berkata, kenduri kesyukuran dijangka diadakan minggu depan susulan keputusan mahkamah pada Khamis itu.

"InsyaAllah, saya akan mengadakan tahlil dan doa selamat untuk arwah ibu, minggu depan," katanya.

Pada Khamis, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap bekas peguam, N. Pathmanabhan dan dua pembantunya berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya  serta tiga yang lain.

Mahkamah bagaimanapun, membebaskan dan melepaskan tertuduh ketiga, R.Matan kerana kekurangan bukti terhadapnya.

Pathmanabhan dan tiga pembantunya, T.Thilaiyalagan, R.Kathavarayan dan Matan dituduh dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Mei 2013 kerana membunuh Sosilawati, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, pegawai bank Noorhisham Mohamad dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim.

Mereka didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 8.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka kalah dalam rayuan di Mahkamah Rayuan pada 4 Disember 2015.

Sosilawati dan tiga pembantunya dilaporkan hilang selepas mereka didakwa ke Banting bagi urus niaga tanah.

Kehilangan mereka menjadi tajuk utama berita di  negara ini.

Susulan itu, empat lelaki ditahan dan seterusnya didakwa di mahkamah pada 2011.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan