Tunggu Isyarat Urus Mayat Jong-nam - Subra

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 4:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan kini hanya menunggu isyarat daripada Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri tentang tindakan selanjutnya yang perlu diambil bagi menguruskan mayat Kim Jong-nam.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagaimanapun berkata, sebarang keputusan akhir berkaitan pengurusan mayat rakyat Korea Utara itu akan diputuskan oleh kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Maklumat itu belum dapat. Setakat ini, kita belum mendapat maklumat secara rasmi. 

"Kalau pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri secara rasmi memberitahu kita bahawa ini adalah mesej daripada keluarga (Jong-nam), dan kedua-dua Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar berpuas hati bahawa mesej ini adalah sebenar-benarnya daripada waris, maka kita boleh ambil tindakan selari dengan protokol yang kita ada," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Penjagaan Kesihatan 2017 di Hotel Istana di sini, Khamis.

Pada Khamis, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, keluarga mendiang Jong-nam memberi kebenaran kepada kerajaan Malaysia untuk menguruskan mayat rakyat Korea Utara itu.

Ditanya tentang pengurusan mayat yang tidak dituntut waris, Dr Subramaniam berkata, jika melibatkan rakyat Malaysia, prosedur standard (SOP) adalah menguruskannya mengikut budaya dan agama si mati.

"Bagaimanapun dalam hal ini (kes Jong-nam), ia adalah berbeza maka kita kena ambil maklumat daripada waris mengenai apakah kehendak mereka (kaedah pengurusan) dan sekiranya mereka berpuas hati, kita akan lakukannya," katanya.

Noor Rashid bagaimanapun enggan mengulas lanjut bila dan di mana waris mangsa memberikan kebenaran itu.

"Saya difahamkan (keluarga mangsa) serahkan kepada pihak kerajaan untuk urus mayat...kita akan uruskan," katanya pada sidang media pada Khamis.

Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dipercayai dibunuh oleh dua wanita warga asing yang menyapu mukanya dengan agen saraf VX ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk menaiki pesawat ke Macau.

Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. 

Dua wanita warga asing terbabit, Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac lalu berhubung kes itu.

Tags / Kata Kunci: S. Subramaniam , Kim Jong-nam

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan