Anak Lelaki Jong-Nam Beri Sampel DNA Di Lokasi Rahsia - TPM

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 6:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengesahan identiti Kim Jong-nam dibuat menerusi sampel DNA anak lelakinya yang diambil di satu lokasi rahsia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sampel itu diperoleh mengikut prosedur forensik yang dilakukan oleh pihak kerajaan di luar negara, namun enggan mendedahkan lokasi negara itu.

"Saya sekali lagi ingin mengesahkan mayat tersebut adalah mayat Jong-nam, DNA telah dibawa ke Malaysia dan dibuat perbandingan...memang sah Jong-nam," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, didakwa dibunuh oleh dua wanita warga asing yang menyapu muka Jong-nam dengan agen saraf VX ketika dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari untuk menaiki pesawat ke Macau.

Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Dua wanita warga asing - Siti Aisyah, 25, dari Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam didakwa membunuh Jong-nam, di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac.

Ketika ditanya mengenai pengurusan mayat Jong-nam, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tindakan seterusnya.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim hari ini dilaporkan berkata keluarga mendiang Jong-nam memberi kebenaran kepada kerajaan Malaysia untuk menguruskan mayat rakyat Korea Utara itu.

Mengulas perkara tersebut, Ahmad Zahid berkata beliau akan menyemak dokumen kebenaran yang dibuat oleh keluarga mendiang melalui Kementerian Luar.

"Memang pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil keputusan berdasarkan kepada permintaan berkenaan kerana kedutaan Korea Utara tidak boleh meminta untuk mayat itu dibawa pulang kecuali atas kebenaran waris mangsa," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , Kim Jong-nam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan