Video Tular: Penunggang Motosikal Cedera Ringan, Patah Gigi

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 8:32 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penunggang motosikal yang cedera dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Alza yang rakaman videonya menjadi viral telah menerima rawatan bagi kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, polis masih belum mendapatkan maklumat mengenai penunggang motosikal itu kerana dia kini dirawat di Hospital Ampang.

Katanya, penunggang motosikal tersebut hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian muka selain patah empat gigi.

Hamzah turut mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis daripada seorang pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan itu tetapi tiada laporan diterima daripada penunggang motosikal terbabit.

Beliau berkata, polis sedang mencari saksi kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 4.25 petang Selasa di persimpangan lampu isyarat Jalan Pandan Indah di sini.

Video insiden yang dirakam pada petang Selasa itu kini tular.

Rakaman berdurasi 21 saat yang direkodkan pada pukul 4.25 petang menerusi kamera yang dipasang di papan pemuka sebuah kereta, dimuat naik oleh Ng Sin Ji, 26 di Facebook.

Video tersebut menunjukkan pelanggaran sebuah kereta Perodua Alza putih dan sebuah motosikal di mana masing-masing cuba melanggar lampu isyarat merah.

Pemandu kereta Perodua Alza merempuh motosikal berkenaan mengakibatkan penunggangnya terpelanting ke seberang jalan.

Penunggang motosikal dilihat terbaring kaku di jalan dan beberapa orang cuba membantunya.









Tags / Kata Kunci: Perodua Alza , Jalan Pandan Indah

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan