Waris Beri Kebenaran Urus Mayat Jong-nam - Timbalan KPN

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Keluarga mendiang Kim Jong-nam memberi kebenaran kepada kerajaan Malaysia untuk menguruskan mayat rakyat Korea Utara itu yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bagaimanapun enggan mengulas lanjut bila dan di mana waris mangsa memberikan kebenaran itu.

 "Saya difahamkan (keluarga mangsa) serahkan kepada pihak kerajaan untuk urus mayat...kita akan uruskan," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar "Belia  and  TN50: Perspektif Keselamatan Negara" di sini pada Khamis.

Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, didakwa dibunuh oleh dua wanita warga asing yang menyapu mukanya dengan agen saraf VX ketika berada di klia2 untuk menaiki pesawat ke Macau. 

Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. 

Dua wanita warga asing - Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac lalu berhubung kes itu.

Beliau berkata siasatan ke atas kes pembunuhan itu selesai mengikut protokol antarabangsa yang ketat dengan terdapat baki empat suspek untuk dihadapkan ke muka pengadilan. 

Mengenai kes lapan remaja lelaki berbasikal maut apabila dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Baru awal pagi 18 Feb lepas, beliau berkata pihaknya akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang didapati bersalah. 

"Mereka yang menjadi mangsa akan mendapat pembelaan undang-undang sewajarnya.

"Kita tak boleh rush (tergesa-gesa)...kita mahu kumpul segala bukti sebab ini kes besar," katanya menurut laporan Bernama.

Tags / Kata Kunci: Noor Rashid Ibrahim , Kim Jong-nam

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan