PDRM Terima Notis Merah Interpol Buru Empat Rakyat Korea Utara

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 2:32 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperoleh notis merah daripada Interpol untuk menahan empat rakyat Korea Utara yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-nam, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Kita telah memperoleh notis merah untuk empat rakyat Korea Ytara yang berada di lapangan terbang semasa hari kejadian.

"Kami percaya mereka telah pulang ke Pyongyang. Kita berharap dapat menahan mereka menerusi Interpol," kata beliau pada satu majlis di sini pada Khamis.

Notis mereah Interpol berperanan sebagai waran tangkap antarabangsa yang diedarkan kepada negara anggota dengan menyenaraikan nama individu yang dikehendaki untuk proses ekstradisi.

Empat rakyat Korea Utara terbabit merupakan Rhi Ji-hyon, 33, Hong Song-hac, 34, O Jong-gil, 55, dan Ri Jae-nam, 57.

Keempat-empat suspek itu memasuki negara ini secara berasingan beberapa hari sebelum Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dibunuh pada 13 Februari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Mereka didapati menuju ke Jakarta dari KLIA2 selepas Jong-nam dibunuh.

Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan