Disney Malaysia Kemuka Rayuan, LPF Tetap Pendirian

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 6:51 PM

Beberapa orang awam melintasi poster filem "Beauty and the Beast" di Singapura pada Selasa lalu. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: The Walt Disney Co (Malaysia) Sdn Bhd telah membuat rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung isu penayangan filem Beauty and The Best di Malaysia.

Bagaimanapun, Pengerusi Lembaga Penapisan Filem (LPF), Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata, LPF tidak akan berubah fikiran walaupun rayuan itu telah dikemukakan kepada Jawatankuasa Rayuan Filem di kementerian.

Abdul Halim berkata, pendirian LPF adalah memutuskan pemotongan satu adegan dalam filem berkenaan.

"Syarikat filem tidak boleh melanggar syarat-syarat yang dikenakan LPF. Kita tidak akan berganjak," katanya kepada The Star.

"Setakat yang saya tahu, Disney telah menghantar notis rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Filem di bawah Kementerian Dalam Negeri, maka keputusan sekarang adalah sama ada menayangkan filem itu tanpa potongan atau tidak, itu bergantung kepada mereka," tambahnya.

Dibintangi Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens sebagai Beast dan Luke Evans sebagai Gaston, Beauty and the Beast adalah sebuah filem animasi klasik terbitan Disney, yang menjadi filem animasi pertama yang dicalonkan untuk kategori Filem Terbaik Anugerah Oscar pada 1991.

Filem tersebut terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karektor Le Fou dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.

Tayangan filem Beauty and the Beast sepatutnya dijadualkan pada Khamis (16 Mac) tetapi ditunda. Disney di Malaysia memberitahu bahawa penundaan tarikh tayangan disebabkan "penelitian semula secara dalaman".

LPF berkata, ia telah meluluskan filem berkenaan untuk ditayangkan tetapi adegan yang menjadi pertikaian itu akan dipotong.

Bagaimanapun, Disney di Amerika Syarikat (AS) memberitahu, ia tidak membenarkan sebarang adegan dipotong.

The Hollywood Reporter pada Khamis melaporkan Disney di AS telah menunda penayangan filem itu di Malaysia sehingga 30 Mac ini bagi membolehkan lebih banyak masa untuk keputusan dibuat sama ada filem berkenaan boleh ditayangkan tanpa perubahan.

Tags / Kata Kunci: Beauty and The Beast , LPF

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan