Belum Ada Rundingan Rasmi Dengan Korea Utara - PM - Berita Semasa | mStar

Belum Ada Rundingan Rasmi Dengan Korea Utara - PM

Diterbitkan: Khamis, 16 Mac 2017 10:57 AM

Najib
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia masih belum memulakan rundingan rasmi dengan Korea Utara berhubung pembebasan sembilan rakyat negara ini yang terkandas di Pyongyang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Apabila tiba masanya, kita akan berunding secara rasmi dengan Korea Utara," katanya ketika ditanya mengenai status rundingan dengan Korea Utara di lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata, bagaimanapun rakyat Malaysia di Pyongyang tidak perlu bimbang mengenai keselamatan mereka.

"Kita mendapati rakyat kita di sana dalam keadaan selamat. Ia dijamin dan tiada apa yang perlu dibimbangkan," katanya.

Sembilan rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara tidak dibenarkan meninggalkan negara itu selepas Pyongyang mengeluarkan larangan perjalanan ke atas rakyat Malaysia di sana minggu lalu.

Sebagai tindak balas, Malaysia turut menyekat rakyat Korea Utara daripada meninggalkan negara ini.







Tags / Kata Kunci: Korea Utara , Malaysia , Najib Razak
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan