Ka Siong Kutuk Pemandu Cuai Akibatkan Kematian

Diterbitkan: Rabu, 15 Mac 2017 7:23 PM

Wee Ka Siong.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong mengkritik model sambilan berusia 19 tahun yang memandu secara cuai sehingga mengakibatkan kematian pemandu lain di Lebuhraya Utara-Selatan di Pulau Pinang.

"Saya mengutuk memandu yang tidak bertanggungjawab dan memandu secara berbahaya di Lebuhraya Utara-Selatan di Pulau Pinang yang menyebabkan kematian seorang pemuda dan beberapa perlanggaran pada pagi Selasa," katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Gadis berkenaan, dilaporkan memandu pulang ke rumah selepas keluar bersama rakan-rakannya, terlibat dalam satu kemalangan sebelum itu, kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian berlakunya kemalangan mengorbankan satu nyawa.

Ka Siong yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggesa pihak berkuasa membuat pendakwaan terhadap kes itu sepenuhnya supaya kejadian yang sama tidak berulang.

Polis mengesahkan gadis berkenaan positif amfetamin dan sedang menunggu keputusan bacaan alkohol di dalam darahnya.

"Dia (gadis) bukan sahaja memandu secara cuai dan berbahaya, tetapi dia juga mengambil bahan terlarang dan kita tidak boleh bertolak ansur terhadap perkara ini," tambah Ka Siong.

Kemalangan yang berlaku pada pukul 7.50 pagi Selasa itu mengorbankan Mohamad Fandi Rosli.

Mangsa yang berusia 26 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Sungai Petani dari tempat kerja.

Pemandu cuai itu turut mengakibatkan kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal, dan melanggar dua lagi kereta dan sebuah van. Empat yang lain cedera ringan.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan