Walt Disney Tidak Benar Filem 'Beauty and the Beast' Disunting

Diterbitkan: Rabu, 15 Mac 2017 10:26 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat Walt Disney berkata mereka tidak akan membenarkan sebarang suntingan pada filem Beauty and the Beast yang dijadualkan ditayangkan di Malaysia pada Khamis.

Menurut laporan Bloomberg, syarikat itu tidak akan membenarkan filem itu ditayangkan dengan adegan yang sudah disunting sedikit.

"Filem ini tidak pernah dan tidak akan disunting untuk tayangan di Malaysia," kata Disney dalam satu kenyataan melalui emel kepada agensi berita itu.

Lembaga Penapisan Malaysia (LPF) berkata pada Selasa bahawa mereka memberi lampu hijau terhadap filem Beauty and the Beast ditayangkan di Malaysia dengan sedikit suntingan.

"Filem itu diluluskan dengan klasifikasi filem P13 iaitu bimbingan ibu bapa untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun dengan sedikit suntingan," kata Pengerusi LPF Datuk Abdul Halim Abdul Hamid kepada The Star pada Isnin.

Beliau berkata suntingan kecil akan dilakukan pada watak homoseksual dalam filem tersebut.

Dibintangi Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens sebagai Beast dan Luke Evans sebagai Gaston, Beauty and the Beast adalah sebuah filem animasi klasik terbitan Disney, yang menjadi filem animasi pertama yang dicalonkan untuk kategori Filem Terbaik Anugerah Oscar pada 1991.

Filem itu terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karektor Le Fou dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.

"Le Fou adalah seseorang yang pada satu hari mahu menjadi Gaston dan pada hari lain mahu mencium Gaston.

"Dia keliru tentang apa yang dia mahu. Ada seseorang yang baru sedar bahawa dia mempunyai perasaan ini," kata Condon.

'Adegan gay' itu bagaimanapun telah menjadi kontroversi.

Rusia telah mengenakan sekatan ke atas filem ini dengan kanak-kanak di bawah umur 16 dilarang daripada menontonnya.

Pawagam pandu lalu di Alabama, Amerika Syarikat juga mengharamkan filem ditayangkan kerana watak gay.

Pawagam TGV dan Golden Screen Cinemas di Malaysia menawarkan pembayaran balik untuk pelanggan yang membeli tiket Beauty and the Beast berikutan pengumuman tarikh tayangan filem itu di negara ini telah ditangguhkan.


Tags / Kata Kunci: Beauty and the Beast , LPF , Walt Disney

iklan

Video

Jumaat, 26 Mei 2017 9:43 PM

"I Bukan Ambik Dadah... Dulu Yes!" - To'ki

Jumaat, 26 Mei 2017 4:30 PM

Sabhi Saddi Lepas Gian

Jumaat, 26 Mei 2017 3:00 PM

Anak Che Ta Pasang 'Bodyguard'

Jumaat, 26 Mei 2017 9:30 AM

#akuStar: Shaa - Pertama Kali

Khamis, 25 Mei 2017 5:27 PM

Mamat Si Buaya Tembaga Kesayangan Ramai

Khamis, 25 Mei 2017 4:48 PM

Apabila Ramli Sarip Buka Mulut

Khamis, 25 Mei 2017 12:52 PM

Shahz Jaszle Malu Jadi Gemuk

Khamis, 25 Mei 2017 9:00 AM

Kumpulan Masin Dah Berpecah?

Rabu, 24 Mei 2017 8:57 PM

Yuna Teruja Tercalon Anugerah BET

Rabu, 24 Mei 2017 3:00 PM

Sherry Ibrahim Merajuk?

Kolumnis

iklan

Iklan