RUU355: PPBM Tak Beri Kata Putus Kerana Dibayangi Pendirian DAP

Diterbitkan: Rabu, 15 Mac 2017 9:57 PM

Annuar Musa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih belum memberi kata putus sokongan terhadap usul Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) kerana dipercayai ingin menjaga hubungan dalam pakatan pembangkang. 

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, kegagalan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendirian parti itu mungkin kerana dibayangi oleh keputusan pembangkang yang dikuasai oleh DAP, yang secara terang-terangan menolak RUU itu.

"Itu satu permuafakatan dalam saf pembangkang, walaupun secara individu ramai yang menyokong tapi mereka terpaksa mengikut apa yang ditentukan oleh pakatan mereka. 

"Sebab itu kita dengar pemimpin PAS yang hampir separuh hayat mereka berjuang tentang perkara ini, bila bertukar parti, tidak lagi berada dalam PAS, kita tengok nada mereka pun sudah berubah walaupun menyentuh soal agama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada .

Annuar turut menyifatkan tindakan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang secara semberono menentang usul pindaan RUU355 itu sebagai tidak menghormati Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh mengenai kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

Menurut Annuar, perkara yang menyentuh mengenai agama Islam perlu dibincangkan secara tertib oleh mana-mana kaum sebagai menghormati kedudukan agama itu.

Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) ketika mengulas perkara itu berkata perbuatan "pusingan U politik" dalam kalangan pembangkang sudah menjadi satu kebiasaan. 

Malah, katanya sehingga hari ini pandangan pembangkang berkaitan usul RUU355 masih tidak sehaluan, berbanding Barisan Nasional yang mempunyai pendirian tetap.

"Satu hari kita dengar pandangan ini, esok pula berubah. Sukar untuk menilai pendirian mereka," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Muhyiddin berkata, PPBM belum dapat membuat keputusan berhubung RUU355 selagi ia tidak dibentangkan di Parlimen. 

Muhyiddin dilaporkan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini bahawa bekas timbalan perdana menteri itu menyokong cadangan pindaan RUU355. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan