Jangan Segan Lapor Anak Mangsa Seksual - Rosmah

Diterbitkan: Rabu, 15 Mac 2017 8:32 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ibu bapa tidak harus berasa segan untuk membuat laporan sekiranya anak mereka menjadi mangsa jenayah seksual, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata stigma bahawa jenayah seksual adalah tabu perlu dihapuskan supaya kanak-kanak tidak takut untuk memberitahu hal pencabulan ke atas diri mereka.

"Pada masa sama anak-anak perlu diperkasakan supaya mereka bertanggungjawab atas diri sendiri dan saling melindungi rakan sebaya.

"Selain itu mereka perlu diberitahu tentang sifat umum jenayah ini seperti dilakukan oleh orang yang dikenali dan dipercayai," katanya ketika menutup Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Hentikan!! anjuran Permata di sini, Selasa.

Rosmah yang juga penaung Permata berkata kebanyakan kes jenayah seksual yang berlaku dari 2014 hingga 2016 melibatkan kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah termasuk kes rogol, sumbang mahram dan seks luar tabii.

"Paling mengejutkan ialah dalam 89 peratus kes, pelaku dikenali oleh mangsa dan dipercayai seperti ahli dan kenalan keluarga, kawan, jiran, orang dewasa di sekolah dan asrama," katanya.

Justeru beliau menggesa agar seminar seumpama itu diperluaskan ke peringkat akar umbi di semua negeri dengan penglibatan isteri-isteri menteri besar dan wakil rakyat untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat.

Rosmah berkata pada seminar dua hari itu, peserta seminar juga berpandangan satu talian bantuan khusus perlu diwujudkan bagi membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa selain untuk ibu bapa, penjaga dan masyarakat umum yang khuatir tentang tingkah laku seksual kanak-kanak.

Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan!!! yang dianjur dengan kerjasama beberapa kementerian yang berkaitan dihadiri hampir 2,000 peserta termasuk isteri pemimpin politik, ahli akademik, pengusaha taman asuhan kanak-kanak dan penuntut universiti.

Dalam ucapan perasmian seminar pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata satu undang-undang baharu dan khusus bagi menangani kesalahan- jenayah seksual kanak-kanak secara holistik dan komprehensif akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini.

Najib turut berharap Rang Undang-undang Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 mendapat sokongan semua anggota parlimen kerana ia adalah tanggungjawab semua pihak tanpa mengira fahaman politik untuk menangani jenayah itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: jenayah seksual , Rosmah Mansor

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan