Video Raja Bomoh, Tapi Berita Mengenai Satelit

Diterbitkan: Rabu, 15 Mac 2017 12:31 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Laporan berita mengenai Raja Bomoh Sedunia tidak pernah disiarkan di Korea Utara seperti mana disebarkan menerusi media sosial.

Rakaman yang menunjukkan bagaimana Ibrahim Mat Zin bersama pembantunya cuba melindundi negara dari serangan Korea Utara dan dikatakan disiarkan menerusi siaran berita negara itu didapati palsu.

"Apa yang diperkatakan pembaca berita itu tiada kaitan dengan perlakuan bomoh itu, penyampai wanita itu sebenarnya sedang melaporkan mengenai pelancaran Kwangmyongsong-3 pada 10 Disember," kata warga Korea Selatan kepada Star Online pada Rabu.

Kwangmyongsong-3 adalah satelit pemantau bumi milik Korea Utara.

Pemeriksaan dengan beberapa individu lain yang fasih berbahasa Korea juga mengesahkan penyampai berita itu sedang bercakap mengenai pelancaran satelit itu.

Ibrahim yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP baru-baru ini merakamkan video berdurasi tiga minit yang memaparkan usahanya untuk melindungi malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara.

Video yang menjadi tular itu menunjukkan bagaimana Ibrahim bersama tiga pembantunya berada di pantai negara ini menggunakan dua kelapa, teropong, lima buluh, sejadah dan semangkuk air laut.

Ibrahim juga melakukan perkara hampir sama di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur pada Isnin.

Pada Mac 2014, Ibrahim melakukan perkara sama susulan kehilangan penerbangan Malaysia Airlines, MH370 di KLIA.



Tags / Kata Kunci: Raja Bomoh , Korea Utara

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan