PPBM Setuju Sertai Pakatan Harapan, Cadang Tukar Nama

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 3:48 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) secara rasmi bersetuju menyertai Pakatan Harapan dengan mencadangkan pengubahsuaian nama pakatan itu.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, persetujuan yang dicapai itu akan dimaklumkan kepada Pakatan Harapan oleh kepimpinan parti dalam masa terdekat.

"Kita bersetuju bahawa kepimpinan akan memberitahu Pakatan Harapan tentang persetujuan kita secara rasmi.

"Kita akan menyatakan keinginan kita untuk menyertai Pakatan Harapan dengan tujuan kita untuk menyesuaikan sedikit namanya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM di sini, Selasa.

Dr Mahathir berkata selain nama gabungan yang baharu, PPBM juga bersetuju dengan prinsip bahawa satu logo dan manifesto baharu perlu diwujudkan bagi menghadapi pilihan raya umum.

Mengenai calon yang akan bertanding, bekas perdana menteri itu berkata PPBM memegang prinsip bahawa hanya seorang calon diletakkan di satu kawasan dan calon itu bertanding di bawah tiket gabungan parti.

Bagaimanapun katanya, PPBM masih belum boleh membuat keputusan mengenai pembahagian kerusi.

"Kita tak boleh lagi, kita belum masuk dalam satu gabungan pun...kita nak bahagi kerusi macam mana.

"Kita akan bincang bila kita dah masuk gabungan nanti. Tapi prinsipnya hanya satu calon dan kita akan desak ahli kita supaya mengundi calon itu sahaja," katanya.

Beliau juga menyatakan keyakinannya bahawa Pakatan Harapan akan bersetuju dengan cadangan yang dibuat.

"Saya percaya kali ini gabungan parti lawan akan setuju dengan cadangan ini sebab mereka sedar kekalahan mereka dulu sebab mereka tak rapatkan parti-parti mereka dalam satu badan dan tak guna satu simbol," katanya.

Dr Mahathir turut menjelaskan bahawa keputusan yang dibuat pada hari ini adalah satu keputusan rasmi berbanding pengumuman sebelum ini yang disifatkan sebagai satu perjanjian persefahaman.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan