Petronas Komited Bayar Dividen RM13 Bilion Kepada Kerajaan

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 9:47 PM

Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin. -fotoTHESTAR/LowLayPhon

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yakin dapat membuat pembayaran dividen sebanyak RM13 bilion kepada kerajaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata jumlah itu adalah berdasarkan prestasi kewangan kumpulan berkenaan pada 2016.

"Ia (pembayaran dividen) diputuskan selepas berbincang dengan kerajaan pada tahun lepas. Malah, kami amat bersyukur di atas sikap para pemegang saham yang amat memahami.

"Perancangan kami bagi tujuan perbelanjaan modal dan pelaburan juga tidak pernah diubah atau terjejas akibat keperluan (membayar) dividen itu," katanya kepada media selepas mengumumkan keputusan kewangan kumpulan itu bagi 2016, di sini, Selasa.

Mengulas selanjutnya, Wan Zulkiflee berkata jumlah dividen itu juga berbeza setiap tahun kerana berdasarkan keadaan ekonomi semasa, harga minyak serta pelan perniagaan kumpulan itu untuk masa akan datang.

"Saya tidak pasti bagaimanakah keadaan ekonomi, misalnya bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Namun apabila tiba masanya, kami akan memberi penjelasan kepada pemegang saham mengenai program, unjuran, harga minyak dan kedudukan tunai pada masa itu," katanya.

Bagi tahun kewangan 2016, syarikat minyak nasional itu membayar dividen sebanyak RM16 bilion kepada kerajaan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan