LPF Lulus 'Beauty and the Beast' Dengan Sedikit Potongan

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 9:04 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lembaga Penapisan Filem (LPF) memberi lampu hijau untuk filem Beauty and The Beast ditayangkan di pawagam di negara ini dengan sedikit suntingan.

"Filem ini diluluskan dengan klasifikasi P13 dengan sedikit potongan," kata Pengerusi LPF, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid kepada The Star Online pada lewat malam Isnin.

Klasifikasi P13 bermaksud kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dinasihatkan memerlukan bimbingan ibu bapa.

Abdul Halim berkata, potongan membabitkan adegan homoseksual di dalam filem berkenaan.

Tambahnya, selepas pengumuman dibuat oleh pengarah filem berhubung adegan terbabit, LPF perlu mengambil perhatian kerana ia merupakan isu sensitif.

"Kita telah meluluskan filem ini maka tiada lagi isu dengan LPF. Sebaik sahaja filem mendapat kelulusan, ini bermakna ia boleh ditayangkan.

"Bagaimanapun, tarikh tayangan dan di mana lokasi tayangan bukan di bawah bidang kuasa LPF.

"Kita hanya mengambil perhatian terhadap kandungan dan membuat keputusan sama ada sesebuah filem itu mendapat kelulusan atau tidak," katanya.

Tambah Abdul Halim, perkara tersebut bergantung kepada pengedar filem dan pengusaha pawagam. 

Filem itu terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karekter Le Fou dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.

Ia menampilkan bintang terkenal Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens (Beast) dan Luke Evans (Gaston).

Tags / Kata Kunci: Beauty and the Beast , LPF

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan