Perkukuh Perpaduan Untuk Kelangsungan Umno - Noh

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 7:55 AM

Noh dan Jalaluddin (empat, kiri) melaungkan 'hidup rakyat' bersama pemimpin-pemimpin Umno Cawangan Bahagian Jelebu pada Perasmian Berkelompok UMNO Cawangan Bahagian Jelebu di Simpang Pertang di Jelebu malam Isnin. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

JELEBU: Anggota Umno digesa supaya memperkukuhkan perpaduan demi kelangsungan parti pada masa akan datang.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Noh Omar berkata, parti kini berdepan dengan hasutan dan fitnah daripada pihak lawan yang bertujuan melemahkan Umno.

"Kalau kita nak berjaya...nak menang dalam pilihan raya, asas ini (perpaduan) mesti kuat. 

"Kalau nak tengok Umno terus berkuasa, kita mesti bersatu padu bersama-sama dengan pimpinan parti kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian persidangan berkelompok Umno cawangan Bahagian Jelebu di Simpang Pertang di sini, malam Isnin.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Jelebu yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Simpang Pertang, Datuk Jalaluddin Alias.

Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata, sekiranya setiap anggota mengambil tanggungjawab memelihara perpaduan, tiada sebab untuk Umno mengalami kekalahan pada pilihan raya.

"Kita kena ingatkan kepada semua anggota kita bahawa fitnah dan hasutan ini boleh menghancurkan kita.

"Begitu juga dengan rakyat yang apabila dihasut demi kepentingan pembangkang, akhirnya yang rugi adalah rakyat itu sendiri," katanya.

Majlis perasmian itu dihadiri kira-kira 1,000 anggota. Umno Bahagian Jelebu mempunyai 56 cawangan. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan