Kelantan Wartakan 24 Zon Larangan Merokok

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kelantan akan mewartakan 24 zon kawasan larangan merokok tahun ini menerusi program Inisiatif Bebas Asap Rokok (IKBAR).

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan Badan Bukan kerajaan (NGO) Negeri Datuk Dr Ramli Mamat berkata langkah itu bagi memastikan usaha melindungi masyarakat bukan perokok daripada kesan asap rokok dapat dicapai.

"Semua 24 zon berkenaan membabitkan semua jajahan di negeri ini. Zon-zon ini dalam proses pewartaan kawasan larangan merokok peringkat Kementerian Kesihatan.

"Buat masa ini, kita sedang mendidik masyarakat berhubung kesan asap rokok kepada kesihatan dan persekitaran menerusi ceramah dan edaran risalah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Di Zon Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Selasa.

Apabila zon-zon itu diwartakan, mereka yang merokok di dalam kawasan larangan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Beliau berkata pada 2014, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yacob mengisytiharkan Medan Ilmu di sepanjang Jalan Datuk Pati Kota Bharu sebagai zon eksklusif bebas asap rokok.

Ramli berkata peratusan kadar merokok di Kelantan juga menurun kepada 24.6 peratus atau 300,000 orang tahun ini berbanding 27.3 peratus pada 2006.

"Namun, penurunan ini agak kecil atau perlahan. Kita harap usaha IKBAR mampu mengurangkan jumlah perokok sedia ada dengan sasaran penurunan kadar merokok kepada 15 peratus pada 2025," katanya menurut laporan Bernama.

Dalam perkembangan lain, Ramli berkata kes selesema burung (H5N1) di Kelantan kini dalam keadaan terkawal dan dijangka pulih dalam masa terdekat memandangkan tiada kes baharu dikesan.

"Semua kerja-kerja pelupusan unggas sekitar satu kilometer dari lokasi penemuan wabak di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini telah selesai dilakukan," katanya.

Virus H5N1, yang menyerang unggas di kampung itu, dikesan pada 6 Mac lepas setelah beberapa ekor ayam kampung milik penduduk mati.

Susulan itu, lebih 2,000 ayam kampung dilupuskan oleh Jabatan Veterinar bagi menangani penularan wabak itu.

Tags / Kata Kunci: Kelantan , Zon Larangan Merokok

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan