Laluan Sehala Pekan Brinchang Bermula Jumaat

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 2:43 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Laluan sehala di dua lokasi tumpuan utama di Pekan Brinchang dekat Cameron Highlands akan dilaksanakan di peringkat percubaan selama sebulan mulai 17 Mac hingga 16 April ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Hasadid A. Hamid berkata lokasi tersebut membabitkan laluan bermula dari Kilometer 64 hadapan Hotel Iris menuju ke Pekan Brinchang dan Kilometer 65 berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands menuju ke Tanah Rata.

"Laluan itu dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama pada musim cuti.

"Sekiranya laluan di peringkat percubaan ini berkesan, maka ia akan diteruskan mulai 17 April sampai bila-bila," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Sebaliknya, kata beliau, jika alternatif itu tidak berkesan, polis bersama jabatan kerajaan yang berkenaan akan mencari kaedah lain, misalnya memperbanyakkan lot parkir.

Dalam pada itu, Hasadid meminta pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan agar lalu lintas berjalan lancar.

"Pengguna perlu mematuhi papan tanda lalu lintas, tidak melakukan halangan lalu lintas (parkir di kawasan larangan) dan mematuhi arahan pegawai penguat kuasa yang bertugas di lapangan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Laluan Sehala , Brinchang

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan