Nasib Filem 'Beauty and the Beast' Masih Jadi Teka-Teki

Diterbitkan: Selasa, 14 Mac 2017 7:07 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Nasib filem 'Beauty and the Beast' masih menjadi teka-teki walaupun tayangannya telah mendapat pelepasan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Tarikh tayangan filem itu yang asalnya dijadualkan pada 16 Mac, telah ditangguhkan.

The Walt Disney Company (Malaysia) menegaskan bahawa tarikh tayangan itu hanya ditangguhkan dan filem itu bukan digantung, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa.

"Kami kekal dengan pendirian bahawa tayangan filem itu ditangguhkan. Tarikh tayangan sedang ditentukan melalui semakan dalaman," kata wakil Disney kepada The Star pada Selasa.

The Associated Press melaporkan bahawa Disney telah menggantung filem ini di Malaysia, tetapi tidak menamakan sumbernya.

LPF telah memberi lampu hijau untuk filem Beauty and The Beast ditayangkan di pawagam Malaysia dengan sedikit suntingan.

"Filem ini telah diluluskan dengan klasifikasi P13 yang memerlukan bimbingan ibu bapa, dengan sedikit pemotongan," kata Pengerusi LPF Datuk Abdul Halim Abdul Hamid kepada The Star, Isnin.

Potongan dibuat pada 'adegan gay' dalam filem tersebut, kata Abdul Halim.

Beliau menambah, tarikh tayangan filem itu bukan diputuskan oleh LPF.

"Apabila sebuah filem menerima kelulusan, ini bermakna ia boleh ditayangkan. Walau bagaimanapun, tarikh tayangan dan di mana ia ditayangkan bukan di bawah bidang kuasa LPF.

"Kami hanya melihat kandungannya dan memberi keputusan sama ada filem ini dapat kelulusan atau tidak," kata Abdul Halim.

Dibintangi Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens sebagai Beast dan Luke Evans sebagai Gaston, Beauty and the Beast adalah sebuah filem animasi klasik terbitan Disney, yang menjadi filem animasi pertama yang dicalonkan untuk kategori Filem Terbaik Anugerah Oscar pada 1991.

Filem itu terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karektor Le Fou dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.

"Le Fou adalah seseorang yang pada satu hari mahu menjadi Gaston dan pada hari lain mahu mencium Gaston.

"Dia keliru tentang apa yang dia mahu. Ada seseorang yang baru sedar bahawa dia mempunyai perasaan ini," kata Condon.

'Adegan gay' itu bagaimanapun telah menjadi kontroversi.

Rusia telah mengenakan sekatan ke atas filem ini dengan kanak-kanak di bawah umur 16 dilarang daripada menontonnya.

Pawagam pandu lalu di Alabama, Amerika Syarikat juga mengharamkan filem ditayangkan kerana watak gay.

Pawagam TGV dan Golden Screen Cinemas di Malaysia menawarkan pembayaran balik untuk pelanggan yang membeli tiket Beauty and the Beast berikutan pengumuman tarikh tayangan filem itu di negara ini telah ditangguhkan.


Tags / Kata Kunci: Beauty and the Beast , LPF , TGV , GSC , Disney Malaysia

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan