Tujuh Waris Remaja Maut Kemalangan Basikal Terima Manfaat Insurans

Diterbitkan: Isnin, 13 Mac 2017 8:33 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Tujuh waris daripada lapan remaja lelaki yang maut dalam kemalangan basikal di Jalan Lingkaran Dalam di sini, Februari lepas, menerima manfaat insurans Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) berjumlah RM38,500.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata ketujuh-tujuh waris itu menerima bagi pihak Fauzan Halmijah, pelajar SMK Desa Cemerlang; Haizad Kasrin dan Mohamad Azhar Amir (SMK Permas Jaya 3) serta Muhammad Syahrul Nizam dan Muhammad Azrie Danish (SMK Tan Sri Mohamad Rahmat).

Ia juga merangkumi waris kepada Muhammad Firdaus Danish (SMK Damai Jaya) dan Muhamad Shahrul Izzwan (SMK Dato Abdul Rahman Yassin).

Seorang lagi waris tidak menerima manfaat berkenaan kerana Muhammad Harith Iskandar Abdullah merupakan pelajar di Sekolah Menengah Agama Swasta Pasir Gudang dan tidak dilindungi insurans tersebut.

"Jabatan Pendidikan Negeri mengadakan majlis penyerahan manfaat takaful itu kepada waris-waris mangsa kemalangan basikal pada 6 Mac lepas.

"Setiap waris menerima manfaat sebanyak RM5,500 dan ia disampaikan Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Yasman Jamsir," katanya.

Ayub berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Karakter Murid Negeri Johor (KrMJ) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai Dua, Pasir Gudang, Isnin.

Beliau berkata insurans itu turut akan memberi manfaat sebanyak RM7,500 kepada waris mangsa yang cacat kekal di sebelah anggota badan serta RM15,000 bagi kedua-dua anggota badan.

Selain itu, khairat kematian sebanyak RM1,000 dan manfaat lain berbentuk alatan bantuan pergerakan seperti kerusi roda, turut diberikan.

Dalam kejadian pada 18 Februari lepas, lapan remaja maut selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah ketika kesemuanya sedang berbasikal. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kemalangan basikal , insurans

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan