Peningkatan Penumpang Di KLIA, klia2 Punca Tandas Kotor

Diterbitkan: Isnin, 13 Mac 2017 6:43 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Peningkatan bilangan penumpang dan hab transit kepada jemaah umrah dari negara serantau menjadi punca tahap kebersihan tandas di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) kotor.

Pengarah Urusan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali berkata untuk menangani masalah itu pihaknya telah melakukan kerja-kerja penyelenggaraan tandas secara berperingkat di kedua-dua lapangan tersebut sejak dua minggu lalu.

"Dua lapangan ini menerima penambahan lebih lima juta penumpang berbanding sebelum ini. Jadi keadaan ini memberi tekanan dalam aspek bilangan bilik air dan tahap kebersihannya," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kebersihan tandas di lapangan terbang itu yang dibangkitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Jelas Badlisham, MAHB sudah memulakan kerja menaik taraf semua 67 tandas di KLIA secara berperingkat yang akan mengambil masa selama dua tahun untuk selesai.

"Untuk memastikan kerja naik taraf tidak mengganggu keselesaan pengguna, hanya tiga set tandas di tutup pada satu-satu masa di lokasi berbeza di KLIA sehingga kerja penyelenggaraan selesai," katanya.

Sementara itu, di klia2 pula, Badlisham berkata MAHB merancang untuk menjadualkan penerbangan umrah di satu sektor khas dengan kemudahan bilik air dan tempat berwudhuk.

"Kita mungkin buat kawasan terbuka supaya penumpang boleh ambil wudhuk dan keadaan kebersihan tandas lebih terjamin," katanya.

Malah, beliau berkata bagi memastikan keadaan tandas di klia2 kekal bersih, MAHB turut menempatkan tiga pekerja di tandas kawasan 'panas' untuk melakukan kerja pembersihan setiap sejam.

"Pekerja ini akan membersih dan mengeringkan ruang sinki, mereka juga akan basuh lantai tandas. Insya-Allah dengan beberapa penambahbaikan itu tahap kebersihan tandas dapat dipertingkat," katanya.

Sebelum itu, Badlisham menghadiri majlis menandatangani perjanjian penajaan temasya Kuala Lumpur 2017 di antara MAHB dan Jawatankuasa Pengelola Malaysia bagi Sukan SEA Ke-29 dan Para ASEAN Ke-9 di sini.


Tags / Kata Kunci: tandas , KLIA , klia2 , MAHB

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan