Selangor Diminta Perjelas Dakwaan Salah Guna Kuasa Yawas

Diterbitkan: Isnin, 13 Mac 2017 10:02 PM

Irmohizam Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen pada Isnin menggesa kerajaan Selangor menjelaskan dakwaan salah guna kuasa membabitkan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE), iaitu program di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) mendakwa ada bukti surat daripada Perbendaharaan Selangor bertarikh 13 Disember 2013 kepada pengurus cawangan Ambank yang memohon membuka akaun SMUE atas nama sembilan anggota Parlimen pembangkang membabitkan peruntukan RM10 juta.

"Justeru saya ingin kemukakan tiga persoalan yang harus dijawab kerajaan Selangor iaitu pertama, adakah benar RM10 juta dari dana warga emas, SMUE dan YAWAS telah dimasukkan ke dalam akaun sembilan anggota Parlimen pembangkang?

"Kedua, dari mana sumber dana RM10 juta ini diperoleh dan ketiga, ke mana perginya wang RM10 juta yang telah dimasukkan ke dalam akaun terbabit?," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin.

Beliau turut mendakwa berlaku skandal melibatkan Yawas apabila individu dipercayai muflis dilantik sebagai pengurus besar sejak 2008 untuk menguruskan dana YAWAS yang membabitkan peruntukan kira-kira RM500 juta setahun.

Irmohizam berkata Laporan Ketua Audit Negara pada 2011 telah merumuskan program di bawah YAWAS meragukan dan tiada dokumen lengkap berkaitan perkara itu.

"Ini bermakna biarpun telah ditegur dalam laporan audit, Yawas masih terus beroperasi tanpa Prosedur Operasi Standard (SOP) dan dokumen yang lengkap sehingga ke tahun ini.

"Keraguan ditambah lagi apabila transaksi dana Yawas berjumlah RM200 juta yang sepatutnya digunakan bagi tujuan kebajikan rakyat Selangor telah disalah gunakan apabila ia disalurkan kepada anggota Parlimen pembangkang," katanya.

Persidangan bersambung Selasa. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Yawas , Selangor , Irmohizam Ibrahim

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan