Satu Mayat Dibawa Keluar Dari HKL

Diterbitkan: Isnin, 13 Mac 2017 9:58 AM

Sebuah van Kementerian Kesihatan dilihat memasuki Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur petang Ahad sebelum ia membawa keluar satu mayat pada Ahad. Tidak dapat dipastikan sama ada mayat tersebut adalah mayat Kim Jong-nam atau sebaliknya. -fotoSinChew

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah van Kementerian Kesihatan dilihat memasuki Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur sebelum satu mayat dibawa keluar dari bilik mayat hospital.


Van berkenaan tiba kira-kira pukul 7.20 malam dan mayat itu dimasukkan ke dalam van yang sama, sebelum meninggalkan lokasi kira-kira 10 minit kemudian.


Ketika van tersebut mula bergerak, beberapa pemberita yang menunggu di luar IPFN cuba menghentikannya tetapi gagal kerana ia dipandu laju.

Tidak dapat dipastikan sama ada mayat yang dibawa adalah mayat Kim Jong-nam, yang telah disimpan di sini sejak 15 Februari lalu.

Polis bantuan yang bertugas berkata mereka tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai mayat yang telah dibawa keluar.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya pada Sabtu berkata mayat Jong-nam mungkin akan dikebumikan di Malaysia jika ia tidak dituntut.

Beliau berkata, bagaimanapun kementerian tidak tergesa-gesa untuk melupuskan mayat dalam kes berprofil tinggi ini.

Pada Jumaat, polis telah menyerahkan mayat kepada kementerian.


Tags / Kata Kunci: HKL , bilik mayat , Kim Jong-nam , IPFN

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan