Chong Wei Buat Semua Rakyat Malaysia Rasa Bangga - PM

Diterbitkan: Isnin, 13 Mac 2017 8:58 AM

Datuk Lee Chong Wei. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei telah membuatkan semua rakyat Malaysia berbangga dengannya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Datuk Lee Chong Wei kamu buat semua rakyat Malaysia berbangga dengan kamu! Persembahan kemahiran hebat dan semangat berjuang," kata perdana menteri dalam akaun Twitter beliau.

Beliau mengulas kejayaan Chong Wei yang memenangi kejuaraan perseorangan lelaki kejohanan All England buat kali keempat dengan mengalahkan pemain China, Shi Yuqi dalam perlawanan akhir di Arena Barclaycard, Birmingham, England malam Ahad.

Sementara itu Najib berkata pasangan beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying tidak perlu merasa kecewa setelah gagal melepasi halangan akhir apabila kalah 21-18, 19-21, 16-21 kepada pasangan China, Lu Kai/Huang Yaqiong.

"Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tidak perlu kecewa dengan pingat perak, permainan baik tadi. Kita akan terus beri sokongan! #AllEngland," tambah beliau.

Peng Soon/Liu Ying menang set pertama 21-18 dan sedang mendahului di set kedua 17-16, namun terganggu dengan keputusan pengadil sehingga menjejaskan rentak permainan mereka dan hilang konsentrasi. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan