Pengharaman Menyeluruh Filem Tidak Masuk Akal - Nazri

Diterbitkan: Isnin, 13 Mac 2017 9:38 PM

Nazri Aziz.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengharaman menyeluruh ke atas sebuah filem berdasarkan watak atau adegan adalah tidak masuk akal, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.

Bercakap mengenai penangguhan Tayangan filem Beauty and the Beast di Malaysia, Nazri berkata sesebuah filem perlu diteliti secara keseluruhannya sebelum pengharaman dilaksanakan.

Filem Disney itu terpalit dengan beberapa kontroversi termasuk karakter homoseksual dalam filem yang diadaptasi dari cerita dongeng berkenaan.

Nazri berkata kehadiran watak itu tidak akan mempengaruhi anak-anak muda terhadap perlakuan homoseksual.

"Selama ini, walaupun tanpa watak homoseksual di dalam Beauty and The Beast, terdapat golongan homoseksual di dunia. Saya tidak fikir ia akan mempengaruhi sesiapa sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata sesebuah filem tidak perlu diharamkan kerana mempunyai watak homoseksual walaupun perbuatan itu tidak dibenarkan di negara ini.

"Kita perlu fikir, kita perlu membenarkan orang lain membuat keputusan untuk diri sendiri. Terdapat cerita mengenai pembunuhan dan dari segi undang-undang itu salah, tapi adakah anda mengharamkan ia dalam sesebuah filem?," soalnya.


Tags / Kata Kunci: Beauty and the Beast , Nazri Aziz

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan