Matta Fair 2017 Optimis Kekal Kehadiran 100,000 Pengunjung

Diterbitkan: Isnin, 13 Mac 2017 1:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan (Matta Fair) 2017 yang akan bermula pada Jumaat dijangka terus mendapat perhatian ramai dengan sasaran 100,000 pengunjung.

Presiden Matta Datuk Hamzah Rahmat berkata pihaknya optimis dapat mengekalkan angka itu, sama seperti yang pernah dicatatkan dalam pameran-pameran sebelum ini.

"Saya rasa kita masih akan mendapat purata seramai 100,000 pengunjung dan ia adalah satu angka sasaran yang cukup baik bagi kita.

"Kapasiti PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) adalah 100,000 dan jika dilihat statistik tahun-tahun sebelum ini, kalau pengunjung melebihi 100,000 orang, PWTC akan sesak teruk," katanya pada sidang media Matta Fair 2017 di pejabat Matta di sini, Isnin.

Katanya, walaupun keadaan ekonomi mencabar dan pameran diadakan pada awal tahun, ia dilihat tidak menjadi satu penghalang bagi masyarakat berbelanja untuk pelancongan.

Malah, Hamzah berkata, melancong atau bercuti kini telah menjadi perkara biasa disebabkan gaya hidup masyarakat yang telah berubah mengikut peredaran zaman.

"Gaya hidup sekarang menuntut kita melepaskan tekanan dan salah satu caranya dengan pergi bercuti.

"Mungkin 10 tahun lalu tak macam ini tapi situasi ini berlaku sekarang...orang ramai tetap pergi bercuti mengikut bajet yang sudah diperuntukkan," katanya.

Dari segi sasaran jualan, Hamzah menjangkakan nilai RM180 juta hingga RM200 juta, tetapi tidak menyatakan tentang sasaran jumlah keuntungan.

Dalam pada itu Hamzah turut memaklumkan bahawa negeri Perak akan diberi fokus utama dalam pameran Matta kali ini.

Jelasnya, selain 2017 menjadi Tahun Melawat Perak, negeri itu juga mempunyai banyak tempat pelancongan menarik untuk diketengahkan selain mudah untuk dikunjungi melalui pelbagai akses pengangkutan.

Beliau menambah, pengunjung yang berbelanja RM100 untuk percutian domestik dalam pameran kali ini berpeluang menyertai hadiah cabutan bertuah.

"Tahun ini adalah Tahun Melawat Perak dan kini menawarkan banyak promosi pakej domestik.

"Pameran sebelum ini juga kita telah promosikan pakej-pakej domestik dan ia menunjukkan peningkatan memberangsangkan," katanya sambil menambah gerai jualan pakej percutian dalam negara ditempatkan di aras empat PWTC.

Antara tempat menarik di Perak termasuklah Royal Belum, Pulau Pangkor, Lembah Lenggong, Sungai Klah Hotsprings, Gua Tempurung, Zoo Taiping dan Kuala Kangsar.

Tags / Kata Kunci: Hamzah Rahmat , Matta Fair

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan