Jepun Salur Maklumat Jong-nam Kepada Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 13 Mac 2017 11:34 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jepun dilapor menyediakan maklumat cap jari dan beberapa data lain kepada pihak berkuasa Malaysia bagi membantu siasatan kes pembunuhan lelaki Korea Utara, Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin negara itu, Kim Jong-un.

Agensi berita Kyodo yang memetik sumber kerajaan Jepun berkata, maklumat cap jari berkenaan diperoleh oleh jabatan imigresen negara tersebut apabila Jong-nam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 2001 ketika dia cuba memasuki Jepun dengan menggunakan pasport palsu.

Ketika itu, Jong-nam memberitahu pihak berkuasa Jepun bahawa dia mahu mengunjungi taman teman Disneyland Tokyo.

Sumber berkenaan menjelaskan, pihak berkuasa Jepun turut menawarkan data berkaitan karakter fizikal dan gambar Jong-nam kepada Malaysia.

Maklumat tersebut dipercayai membantu penyiasat Malaysia untuk mengesahkan identiti mangsa sebagai Jong-nam selepas dia dikenali sebagai Kang Chol menerusi maklumat pada pasportnya.

Kerjasama antara kedua-dua negara itu didedahkan selepas waris atau ahli keluarga Jong-nam tidak tampil untuk menyediakan DNA bagi proses pengecaman.

Kyodo melaporkan, beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat (AS) turut dipercayai terlibat dalam siasatan berkenaan atau membantu melindungi ahli keluarga Jong-nam susulan kebimbangan keselamatan mereka diancam oleh Korea Utara.

AS dan sekutu, Korea Selatan menuduh Pyongyang mendalangi kes pembunuhan Jong-nam yang hidup dalam buangan tetapi Korea Utara menafikan dakwaan tersebut dengan menyifatkan mangsa mati akibat serangan jantung.

Namun laporan bedah siasat yang dilaksanakan pakar dari Malaysia mendapati Jong-nam maut akibat terdedah kepada racun berbahaya, agen saraf VX yang disenaraikan sebagai senjata pemusnah yang diharamkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tags / Kata Kunci: Kim Jong-nam , Jepun , Malaysia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan