Undang-Undang Baharu Jenayah Seksual Kanak-Kanak Dibentang Di Parlimen - PM

Diterbitkan: Isnin, 13 Mac 2017 3:07 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap merasmikan Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Hentikan!! di PWTC, Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu undang-undang baharu dan khusus bagi menangani kesalahan jenayah seksual kanak-kanak secara holistik dan komprehensif akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berharap Rang Undang-undang Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 mendapat sokongan semua Anggota Parlimen kerana ia adalah tanggungjawab semua pihak tanpa mengira fahaman politik untuk menangani jenayah itu.

"Undang-undang itu tidak boleh ditentang oleh mana-mana parti politik," katanya semasa berucap merasmikan Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan!!! di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Isnin.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung Permata, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,  Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan bekas Presiden Republik Indonesia Megawati Soekarnoputri.

Najib berkata kerajaan juga bercadang menubuhkan Mahkamah Jenayah Khas bagi mengendalikan prosiding jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang menjadi mangsa.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan