Jabatan Kastam Akan Dikorporatkan Tidak Lama Lagi - PM

Diterbitkan: Isnin, 13 Mac 2017 10:05 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan keputusan untuk mengkorporatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak lama lagi dengan skim perkhidmatan yang lebih baik.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata langkah pengkorporatan JKDM telah tertangguh berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015.

"Memandangkan kecemerlangan anggota Jabatan Kastam menjalankan tugas dengan cemerlang maka kerajaan akan korporatkan jabatan ini dengan skim perkhidmatan yang lebih baik," katanya.

Berucap pada Majlis Penghargaan Kastam Bersama Perdana Menteri di sini malam Isnin, Najib berkata ia merupakan hadiah terbaik kepada anggota JKDM dan Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad yang akan bersara beberapa hari lagi.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lee Chee Leong. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Jabatan Kastam , Najib Tun Razak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan