H5N1 Hanya Pada Ayam Kampung - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Isnin, 13 Mac 2017 3:12 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penyakit selsema burung H5N1 yang dilaporkan di sekitar Kampung Pulau Tebu, Tunjong, Kota Bharu di Kelantan hanya terhad kepada ternakan ayam kampung sahaja dan bukannya ayam komersial.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata 70 peratus ayam daging di Kelantan dibawa masuk dari negeri yang bebas penyakit.

Menurutnya, baki 30 peratus bekalan dalaman pula diternak di ladang yang berada lebih 24 kilometer dari tempat kejadian.

"Ini bermakna ia selamat untuk dimakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 118 warga kementeriannya di Wisma Tani di sini Isnin.

Bagi bekalan telur pula, katanya, 100 peratus bekalannya dibawa masuk dari luar Kelantan dan selamat dimakan.

Ahmad Shabery berkata penyakit H5N1 itu berjaya dikawal daripada merebak di luar zon pemantauan dalam radius 15 kilometer di jajahan Kota Bharu.

Beliau berkata sebanyak 2,438 unggas dan 860 telur sudah dimusnahkan dalam operasi kawalan dan pembasmian 24 jam yang dijalankan sejak 5 Mac lepas, melibatkan 184 petugas Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Turut membantu operasi itu ialah Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis  Perbandaran Kota Bharu, Majlis Daerah Ketereh, Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu dan Pejabat Tanah dan Galian Kelantan.

Ahmad Shabery turut tidak menolak kemungkinan jangkitan H5N1 yang berlaku di Kota Bharu itu berpunca dari luar memandangkan kawasan tersebut tidak jauh dari sempadan negara.

"Oleh itu penternak perlu lebih berhati-hati kalau mendapatkan ayam dari negara yang mempunyai rekod selsema burung. Ia kena lalui proses kuarantin yang ketat. Jangan ambil mudah proses kuarantin," katanya.

JPV turut berhubung dengan negara pengimport ayam dan telur dari Malaysia seperti Jepun, Brunei, Hong Kong, Indonesia, Iraq, Macau, Myanmar, Hong Kong, Maldives, Arab Saudi dan Timor Leste untuk menjelaskan situasi sebenar, katanya.


"Langkah ini adalah bagi memastikan situasi ini tidak menjejaskan perdagangan negara dan memberi persepsi negatif kepada Malaysia," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan